Pilihanraya kecil 2007 Machap (kawasan negeri Melaka)

Suruhanjaya pilihanraya akan menentukan pada hari Rabu 21 Mac 2007 bagi membincangkan pilihanraya kecil di kawasan ini. Pada hari berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka ialah pada 3 April 2007, manakala pengundian pada 12 April 2007 jika ada pertandingan.[5] . Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, bagi tujuan pilihan raya tersebut, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk yang disahkan pada 31 Disember 2006 dan dikemaskinikan sehingga 15 Mac 2007.

Beliau berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 9,623 pemilih iaitu 9,515 pemilih awam dan 108 orang pemilih pos dengan sedikit penurunan berbanding 9,889 pengundi pada pilihan raya umum 2004.[6]

Penamaan Calon

Pada hari penamaan calon, akhirnya terdapat pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional(BN) yang diwakili oleh Lai Meng Chong dengan Parti Tindakan Demokratik(DAP) yang diwakili oleh Liou Chen Kuang..[7]